BERITA AKTIVITI AHLI KECAS DARI 2006-2012

:: 2012 ::                                                               

FKBSK Johan UTM Staff Game 2012
9 June 2012 - FKBSK muncul Johan dalam pertandingan UTM Staff Game 2012. - [KLIK DISINI]

UTM rangkul pingat Perak di Sukan Staf IPTA 2012
10 Julai 2012 - Pasukan UTM telah berjaya merangkul pingat perak di Sukan Staf IPTA 2012 yang telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia bermula dari 6 hingga 9 Julai 2012. [Berita Lanjut]

Dr Nasrul Johan Catur Ahad Pertama Mei 2012
6 Mei 2012 - Setelah menjuarai kejohanan catur ahad pertama pada bulan Februari yang lepas, sekali lagi Dr Nasrul berjaya menjuarai kejohanan bulan Mei. Lebih manis dengan kejayaan itu, beliau merupakan pemenang pertama hadiah Piala Pusingan Kejohanan Catur Ahad pertama yang telah disumbangkan oleh mantan Dekan FKE, UTM.
[Berita lanjut]

Dr Nasrul Johan Catur Ahad Pertama Februari 2012
5 Februari 2012 - Dr Nasrul telah berjaya menjuarai kategori Terbuka pada kejohanan Catur Ahad Pertama Februari yang telah berlangsung di Dewan Banquet, UTM Skudai. Lebih manis dengan kemenangan itu, beliau adalah merupakan satu-satunya ahli Kelab Catur Staf yang berjaya menjuarai siri kejohanan Ahad pertama yang telah diperkenalkan sejak hampir 3 tahun yang lepas yang kebanyakannya di menangi oleh pemain dari luar UTM. [Berita lanjut]

Dr Haizal Tempat Ke-5 Catur Ahad Pertama Januari 2012
1 Januari 2012 – Dr. Haizal Jamaluddin salah seorang ahli Kelab Catur Staf (KECAS) UTM yang menyertai pertandingan Catur Ahad Pertama Januari 2012, bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tuanku Canselor, UTM Johor Bahru telah Berjaya mendapat tempat kelima bagi katogeri terbuka. [Berita lanjut]