BERITA AKTIVITI AHLI KECAS DARI 2006-2012
:: 2008 ::                                                                


Majlis Berbuka Puasa KECAS 2008 Meriah
25 September 2008, bertempat di Dewan Jamuan, UTM Skudai telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Kelab Catur Staf (KECAS) UTM 2008. Majlis berkenaan telah berjalan dengan meriahnya dengan penyertaan lebih 40 orang ahli KECAS dan ahli keluarga masing-masing. [Berita lanjut]

Kejohanan Catur Terbuka Pasaraya Today's

Bertempat di Ruang Legar, Pasaraya Today’s, Bandar Seri Alam, Masai, Johor pada 14 September 2008 (Ahad) telah berlangsung Pertandingan Catur Pasaraya Today’s. Walaupun dijalankan didalam bulan puasa, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertan lebih 40 orang peminat catur termasuk yang datang dari luar dari negeri Johor. [Berita Lanjut]

Kecas Menganjurkan Klinik Catur
Bertempat di Dewan Seminar, Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai pada 6 September 2008 telah berlangsung Klinik Catur yang dihadiri oleh ahli-ahli Kelab Catur Staf (KECAS) UTM dan pencatur dari sekitar Johor Bahru. Klinik Catur ini yang terbuka untuk semua pencatur sama ada ahli KECAS dan masyarakat luar bertujuan sebagai satu medan untuk pencatur-pencatur bertemu sebulan sekali disamping berusaha bersama-sama untuk memperbaiki skil bermain catur. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur Merdeka UTM 2008

Ahad, 24 Ogos 2008, Dengan memperolehi 6.0 mata melayakkan Mak Weng Yee muncul juara bagi kategori terbuka pada kejohanan Catur Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2008 yang berlangsung di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai Johor pada 24 Ogos 2008 lalu. [Berita Lanjut]

Zulfakar Naib Johan MAKSAK 2008
Bertempat di Aras Lima, Plaza Angsana, pada 12 Julai 2008 telah berlangsung Pertandingan Catur Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Negeri Johor. Kelab Catur Staf (KECAS) UTM telah diwakili oleh dua orang ahli iaitu En. Zulfakar Aspar dan Dr. Nasir Shaikh Husin. [Berita Lanjut]

Lawatan KECAS ke Taman Negara Tanjung Piai
1 Jun 2008, program lawatan ke Penghujung Benua Asia, Taman Negara Tanjung Piai telah terlaksana dengan jayanya. Pihak Kelab merakamkan ucapan terima kasih di atas penyertaan ahli-ahli dan mengharapkan lebih ramai lagi ahli dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KECAS pada masa akan datang. [Berita Lanjut]

Perlawanan Persahabatan KECAS vs. Pasukan MASUM UTM

Bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussin On, UTM Skudai pada 10 Mei 2008 telah berlangsung satu Perlawanan Persahabatan Sukan Catur Antara Pasukan KECAS UTM dengan Pasukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) UTM. [Berita Lanjut]

Perlawanan Catur Persahabatan UTM vs. UKM

Bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussin On, UTM Skudai pada 29 Mac 2008 telah berlangsung satu Perlawanan Persahabatan Sukan Catur Antara Pasukan UTM yang diwakili oleh ahli-ahli Kelab Catur Staf (KECAS) UTM dengan Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diwakili oleh Pasukan Catur Universiti (Pelajar) UKM. [Berita Lanjut]

Mesyuarat Agung KECAS 2008 Berjalan Lancar
Kecas UTM telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 2 (2008) pada 27 Februari 2008 bagi memenuhi Perlembagaan KECAS yang mewajibkan Mesyuarat Agung diadakan dua tahun sekali. Dalam Mesyuarat Agung berkenaan, telah diadakan pembentangan Laporan Tahunan kelab, Laporan Kewangan, pembentangan usul bertulis dan pemilihan jawatankuasa KECAS yang baru bagi sesi 2008/09. [Berita Lanjut]