BERITA AKTIVITI AHLI KECAS DARI 2006-2012

:: 2010 ::                                                                

 

Kejohanan First Sunday Chess (November 2010)
7 November 2010 - Berikut adalah senarai penerima hadiah bagi kejohanan yang telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ibrahim. Tahniah kepada semua pemenang!
[Berita Lanjut]

Kejohanan Giant Kulai Utama Chess Open
31 Oktober 2010 - Bertempat di Giant Kulai Utama, dua wakil KECAS iaitu Dr Nasrul dan Dr Haizal berjaya menduduki kelompok 10 pemain terbaik bagi kategori terbuka yang telah disertai hampir 40 peserta.[Berita Lanjut]

Kejohanan 1st Anniversary First Sunday Chess 2010
26 September 2010 - Kejohanan yang melibatkan lebih 60 peserta telah berlangsung di Dewan Seminar, KTC, UTM Skudai. Wakil KECAS, Dr Nasrul berpuas hati di tangga ke-10. Tahniah kepada semua pemenang. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2010
6 - 8 Ogos 2010: Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari di Kuala Lumpur telah disertai oleh dua orang ahli KECAS-UTM iaitu Nasrul Humaimi dan Mohd Haizal. Mereka mewakili negeri Johor bersama-sama 6 peserta lain dari pelbagai Jabatan Kerajaan. [Berita Lanjut]

Kejohanan Tertutup Individu Badan Kerajaan (MAKSAK Johor) 2010
Kejohanan ini telah berlangsung pada 18 Julai 2010 bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tunku Canselor, UTM, Skudai. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur Terbuka Ulu Tiram
4 Julai 2010 - Bertempat di Today's Mall, Ulu Tiram, dua wakil KECAS-UTM iaitu Nasrul Humaimi dan Mohd Haizal telah menyertai pertandingan catur terbuka ulu tiram anjuran Zal Comp dengan kerjasama KECAS-UTM. Dengan memungut 4.5 mata daripada 6 perlawanan, Nasrul Humaimi telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Kategori Terbuka manakala Mohd Haizal sekadar berpuas hati di tangga ketujuh. [Berita Lanjut]