BERITA AKTIVITI AHLI KECAS DARI 2006-2012

:: 2011 ::                                                               

 
Kejohanan Individu MAKSAK Johor 2011
26 Jun 2011 - Satu kejohanan individu bagi kakitangan kerajaan peringkat negeri Johor telah diadakan di Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai dengan jumlah peserta seramai 12 orang. Wakil KECAS UTM yang mengambil bahagian kali ini adalah Dr Nasrul, Dr Haizal dan Dr Nasir. [Berita lanjut]

Kejohanan Catur Ahad Pertama Mei 2011
1 Mei 2011 – Catur Ahad Pertama Mei 2011 telah diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri UTM Skudai. Pertandingan yang diadakan telah disertai lebih 60 peserta.  Seperti biasa 3 kategori telah dipertandingkan iaitu Bawah 12, Bawah 16 dan Terbuka. Bagi kategori Bawah 12 tahun, Heng Ming Yee telah muncul sebagai Juara. Bawah 16 tahun, Ong Wei Bin telah muncul sebagai Juara. Manakala Abdullah Che Hassan telah menjuarai bagi kategori Terbuka. [Berita lanjut]

Pertandiangan Catur UTM Staff Games 2011

1 Mei 2011 – Bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Skudai telah diadakan Pertandingan Catur Tertutup UTM. Pertandingan ini yang dikhususkan untuk staf UTM adalah merupakan salah satu acara bagi UTM Staff Games 2011 yang sedang berlangsung dari 6 Mac – 8 Mei 2011. Pertandingan Catur ini melibatkan 3 kategori iaitu Individu lelaki, individu Wanita dan Berpasukan Fakulti/ Jabatan. [Berita lanjut]

First Sunday Chess January 2011

2 Januari 2011 - Membuka tirai 2011, Dr Nasrul berjaya menduduki tempat ke-7 First Sunday Chess (FCS) yang telah disertai hampir 40 peserta keseluruhannya bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Bangunan Canceleri UTM. Setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan penghargaan kepada dua wakil KECAS yang lain iaitu Dr. Haizal dan En Noorazman yang bersama-sama memeriahkan kejohanan ini. [Berita lanjut]