DR HAIZAL TEMPAT KE-5 CATUR AHAD PERTAMA JANUARI 2012

Dr. Haizal Jamaluddin salah seorang ahli Kelab Catur Staf (KECAS) UTM yang menyertai pertandingan Catur Ahad Pertama Januari 2012, bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tuanku Canselor, UTM Johor Bahru telah Berjaya mendapat tempat kelima bagi katogeri terbuka.



Beliau merupakan satu-satunya ahli KECAS yang telah menyertai pertandingan berkenaan dan mendapat tempat di kalangan tujuh Terbaik. Kejayaannya itu telah membolehkan beliau membawa pulang Piala + Wang Tunai RM30.00.