DR NASRUL JOHAN CATUR AHAD PERTAMA FEBRUARI 2012
5 Februari 2012 - Dr Nasrul telah berjaya menjuarai kategori Terbuka pada kejohanan Catur Ahad Pertama Februari yang telah berlangsung di Dewan Banquet, UTM Skudai. Lebih manis dengan kemenangan itu, beliau adalah merupakan satu-satunya ahli Kelab Catur Staf yang berjaya menjuarai siri kejohanan Ahad pertama yang telah diperkenalkan sejak hampir 3 tahun yang lepas yang kebanyakannya di menangi oleh pemain dari luar UTM. Pihak kelab merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan ini dan berharap beliau dapat terus menyumbang tenaga dan kejayaan demi memartabatkan sukan catur di UTM khususnya di kalangan staf UTM.
 

Senarai Pemenang Catur Ahad pertama Februari adalah seperti berikut :

Kategori Terbuka :

Johan : Nasrul Humaimi Mahmood
Naib Johan : Taulani Tukiran
Ketiga : T. Mandar
Keempat : Ng Sau Chyun
Kelima : Ilyas Ramdzan

Kategori Bawah 16 Tahun :


Johan : Boo Zhan Hui
Naib Johan : M Fareez Syahmi
Ketiga : Muhd Afiq Zulkifli A. Raz
Keempat : Lee Hao Jie
Kelima : M. Hanif Zulkifli

Kategori Bawah 12 Tahun :

Johan : Leong Huo Yen
Naib Johan : Lim Poh Seng
Ketiga : Ng Sau Ting
Keempat : Tee Shun Yao
Kelima : Lim Yik Seng