BERITA AKTIVITI AHLI KECAS DARI 2006-2012
:: 2009 ::                                                                


Kejohanan Catur Liga Badan Berkanun 2009
Pasukan Guru telah berjaya meraih Johan dalam Liga Badan Berkanun 2009 yang telah berlangsung di Bilik Seminar KTHO pada 15 November 2009. Kejohanan yang julung kalinya di adakan telah menarik seramai 20 peserta. UTM sekdar berpuas hati di tangga ke-4. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur Ahad Pertama  Bulan November 2009
Kejohanan setiap ahad pertama bulan November telah di menangi oleh Michael Angelo Palma. Hampir 30 peserta menyertai kejohanan ini dan kejohanan seterusnya adalah pada bulan Disember (6/12/2009-Ahad) bertempat di Bilik Seminar KTHO, UTM Skudai. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur Tertutup UTM 2009
Kejohanan Catur Tertutup UTM 2009 telah diadakan dengan jayannya pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan Pentadbiran UTM. Sebanyak 5 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Staf (Lelaki dan Wanita), Kategori Pelajar (Lelaki dan Wanita) dan Kategori Jabatan/Fakulti terbaik (Staf). [Maklumat Lanjut]
 
Kejohanan Catur Mini Bagi Kategori Bawah 18 dan Terbuka 2009
Dua kejohanan mini anjuran KECAS-UTM telah berlangsung pada 22 dan 23 Ogos 2009 di Bilik Seminar, Kolej Tuh Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia. Acara yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini mendapat kerjasama dari Leong Mun Wan selaku arbiter pertandingan. Bagi kategori bawah 18 Tahun, dua adik beradik iaitu Boo Zhan Hui dan Boo Zhan Quan masing-masing menjadi Johan dan Naib Johan. Leong Mun Wan menjuarai kategori terbuka. [Berita Lanjut]

Kejohanan Catur, Dart dan Karom MAKSAK 2009
Bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan pada 17-19 Julai 2009, dua wakil KECAS iaitu En Zulfakar dan Dr Nasrul Humaimi telah mewakili Maksak Johor bagi acara catur pada Kejohanan Catur, Dart dan Karom Maksak Kebangsaan 2009. [Berita Lanjut]

Kejohanan Bandaraya Chessmaster 2009
18 dan 19 April 2009 Pasukan Kecas telah menghantar penyertaan dalam acara berpasukan dan individu pada Kejohanan Bandaraya Chessmaster 2009 bertempat di Stadium tertutup bandaraya, Johor Bharu. Dalam acara berpasukan, pasukan Kecas berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain. Pasukan Kecas terdiri daripada En Zulfakar, Dr. Nasir, En. Nazeri dan En Azri (selaku pengurus pasukan). Dalam acara individu, Dr. Nasir, Dr. Nasrul dan Cik Azizah telah berjaya menamatkan kesemua 7 perlawanan.

Keluarga Mantan Setiausaha KECAS Terbaik di  Kuantan
25 Februari 2009, Tahniah diucapkan kepada keluarga mantan setiausaha KECAS (Razman) kerana telah berjaya membolot hadiah Pasukan Keluarga Terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Kuantan 2009 pada 14-15 Februari yang lalu di SMK Sungai Soi,Tg Lumpur, Kuantan. Pasukan yang dikenali sebagai Raz Family diwakili oleh Razman dan anaknya, Asyraf serta saudara terdekatnya Nasrul berjaya menduduki tempat ke-11 secara keseluruhan daripada 60 penyertaan. Syabas dan diharap saudara Razman dan anaknya dapat bergiat aktif di Pahang. [Berita lanjut]