KEJOHANAN CATUR AHAD PERTAMA BULAN NOVEMBER 2009

1 November 2009, bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussein Onn, UTM Skudai, sekali lagi telah berlangsungnya Catur Ahad Pertama (First Sunday Chess) Bulan November 2009, anjuran bersama Unit Sukan UTM, Kelab Catur Staf (KECAS) UTM dan Persatuan Catur Negeri Johor. Acara ini merupakan acara bulanan yang diadakan setiap ahad minggu pertama setiap bulan.

Menurut saudara Azri bin Hohad, Pengerusi, KECAS UTM, tujuan utama program ini adalah sebagai medan untuk membolehkan peminat catur di UTM Skudai dan sekitar Johor Bahru berjumpa setiap bulan. Secara tidak langsung sama-sama meningkatkan skil bermain catur melalui mini pertandingan, analisis permainan, puzzle dan sebagainya yang dijalankan.

Bagi Catur Ahad Pertama November 2009, melalui mini pertandingan (rapid) yang telah dijalankan seramai 18 orang telah turut serta. Keputusan Penuh adalah seperti berikut:

Johan: Michael Angelo Palma
Naib Johan: Herman bin Rahman
Ketiga: Wong Ming Yau
Keempat: Marzuki Yaccob
Kelima: Mohd Yusof bin Yasnain
Best Junior: Boo Zhan Quan

En. Leong Mun Wan, dari Persatuan Catur Negeri Johor telah bertindak sebagai Arbiter bagi mini pertandingan berkenaan.