PERLAWANAN PERSAHABATAN KECAS VS. PASUKAN MASUM UTM

Bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussin On, UTM Skudai pada 10 Mei 2008 telah berlangsung satu Perlawanan Persahabatan Sukan Catur Antara Pasukan KECAS UTM dengan Pasukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) UTM.

Pasukan KECAS diketuai oleh En. Azri bin Hohad, selaku Pengurus, En. Zulfakar bin Aspar, selaku jurulatih dengan barisan pemain En. Razman bin Mohd Maulot, En. Mohd Razib bin Karno, En. Jeffri bin Ismail, En. Shaikh Nasir bin Sheikh Hussien dan Cik Azizah Yusuf. Manakala pasukan MASUM UTM pula diketuai oleh Cik Nurshila bte Abd. Razak (4 SPE) sebagai Pengurus Pasukan dengan barisan pemain En. Ting Kee Sil (4 SKG), En. Ruben A/L Supramaniam (1 SKG), En. Leow Ann Hong (2 SAW), Cik Noor Alwani bte Mohamed Yusoff (1 SCV), Cik Nor Aziah bte Ishak (1 SAW) dan Cik Siti Nurafiszah bte Adnan (2 SEE). 

Perlawanan menggunakan format berpasukan dengan setiap pasukan disertai 6 peserta dengan kawalan masa 30 minit dan diadakan sebanyak 2 pusingan. Sebaik sahaja perlawan an selesai kedua-dua pasukan telah mengadakan sesi analisa yang diketuai oleh En. Zulfakar untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan permainan setiap pemain.

Secara keseluruhannya perlawanan berkenaan telah berjaya sedikit sebanyak membantu meningkatkan kemahiran permainan sukan catur kedua-dua pasukan.