PERLAWANAN CATUR PERSAHABATAN UTM VS UKM

Bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussin On, UTM Skudai pada 29 Mac 2008 telah berlangsung satu Perlawanan Persahabatan Sukan Catur Antara Pasukan UTM yang diwakili oleh ahli-ahli Kelab Catur Staf (KECAS) UTM dengan Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diwakili oleh Pasukan Catur Universiti (Pelajar) UKM.

Pasukan UTM diketuai oleh En. Azri bin Hohad, selaku Pengurus, En. Zulfakar bin Aspar, selaku jurulatih dengan barisan pemain En. Razman bin Mohd Maulot, Tn. Hj. Ariff bin Abd. Rahim, En. Jeffri bin Ismail dan En. Shaikh Nasir bin Sheikh Hussien. Manakala pasukan UKM pula diketuai oleh Cik Duratul Ain Yahya sebagai Pengurus Pasukan dengan barisan pemain En. Syu'aib Jumien, En. Khairie Hisyam Aliman, Cik Aisyah Salihah Kamarozaman dan Cik Siti Aisyah Ajemi.
  
Perlawanan menggunakan format berpasukan dengan setiap pasukan disertai 4 peserta dengan kawalan masa 40 minit. Keputusan perlawanan kedua-dua pasukan yang sama-sama mantap telah seri (2 - 2). Sebaik sahaja perlawanan selesai kedua-dua pasukan telah mengadakan sesi analisa untuk mengkaji kelemahan dn kekuatan permainan setiap pemain.

Secara keseluruhannya perlawanan berkenaan telah berjaya sedikit sebanyak membantu meningkatkan kemahiran permainan sukan catur kedua-dua pasukan.