MESYUARAT AGUNG KECAS 2008 BERJALAN LANCAR
Kecas UTM telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 2 (2008) pada 27 Februari 2008 bagi memenuhi Perlembagaan KECAS yang mewajibkan Mesyuarat Agung diadakan dua tahun sekali. Dalam Mesyuarat Agung berkenaan, telah diadakan pembentangan Laporan Tahunan kelab, Laporan Kewangan, pembentangan usul bertulis dan pemilihan jawatankuasa KECAS yang baru bagi sesi 2008/09.

Bagi pemilihan jawatankuasa KECAS 2008/09, keputusan penuh pemilihan adalah seperti berikut:

  • Pengerusi - Azri bin Hohad
  • Timbalan Pengerusi - Shaikh Nasir bin Shaikh Hussin
  • Setiausaha - Razman bin Mohd Maulot
  • Bendahari - Siti Rahmah binti Jayos
  • Ahli Jawatankuasa 1 - Lizawati binti Mi Yusof
  • Ahli Jawatankuasa 2 - Noorazman bin Abu
  • Ahli Jawatankuasa 3 - Zulfakar bin Aspar
  • Pemeriksa Kira-kira 1 - Jefri bin Ismail
  • Pemeriksa Kira-kira 2 - Mohd Salleh bin Kadir
Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dengan dihadiri oleh lebih kurang 25 orang ahli. Sajian jamuan berupa set pizza telah disediakan untuk semua ahli yang hadir. Semua ahli yang hadir juga telah disediakan door gift yang berupa mug dan set alat tulis. Di hujung mesyuarat berkenaan juga telah diadakan sesi cabutan bertuah yang menyediakan hadiah yang menarik berupa basikal, periuk elektrik, pengisar dan lain-lain barangan berharga.