KEJOHANAN CATUR STONEMASTER AMATUR YANG KE-2

Bertempat di The Chess Network, Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur telah berlangsung Kejohanan 2nd Stonemaster Amateur Chess Champoinship 2007 pada 4 November 2007 yang lalu. Kejohanan tersebut anjuran Stonemaster Event Management Enterprise telah disertai seramai seramai 158 orang peserta dari seluruh negara.

Kelab Catur Staf (KECAS) UTM telah menghantar tiga orang ahli menyertai kejohanan berkenaan iaitu En. Zulfakar bin Aspar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, En. Azri bin Hohad, dari Canseleri dan Cik Azizah bte Yusof dari Biro Inovasi & Perundingan.

En. Zulfakar Aspar telah berjaya menduduki tempat ke-26 dan telah memenangi hadiah bagi kategori Pemain Staf Institusi Pengajian Tinggi Terbaik berupa wang tunai sebanyak RM50.00 dan sijil, En. Azri bin Hohad tempat ke-94, dan Cik Azizah Yusof yang merupakan salah seorang ahli baru KECAS telah berjaya menduduki tempat ke 115. Keputusan penuh kejohanan berkenaan adalah seperti yang disertakan.

Di majlis penyampaian hadiah kejohanan berkenaan, En. Azri bin Hohad, Pengerusi KECAS juga telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah bagi kategori pelajar.