KEJOHANAN CATUR BERPASUKAN BADAN BERKANUN 2009

15 November 2009, bertempat di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussein Onn, UTM Skudai, telah diadakan Liga Catur Badan Berkanun Negeri Johor 2009 2009, anjuran bersama Unit Sukan UTM dan Kelab Catur Staf (KECAS) UTM. Pertandingan ini merupakan acara yang pertama kali seumpamanya diadakan di negeri Johor.

Pertandingan ini yang dijalankan secara berpasukan (5 orang/ pasukan) telah disertai oleh empat pasukan iaitu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Polis (PDRM), Guru (Jabatan Pendidikan) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Pasukan UTM telah diwakili oleh Nasrul Humaimi Mahmood,Azizah Mohd Yusof, Razib bin Karno, Nazeri Sarip dan Firdaus bin Ismail. Pasukan Polis pula diwakili oleh Marzuki bin Yaakob, Herman bin Rahman, Musa bin Jamil, Narayanan a/l Krishnan danMohd Arif bin Kasdim. Pasukan Guru pula Chow Ming Jack, Goh Jit Siang, Mohd Zahid bin Abd. Shukor, Mahadi bin Mat dan Cheong Kok Love. Manakala Pasukan UTHM diwakili oleh Md. Yusof bin Mohd Sahil, Mohd. Hakimi Zohari, Hanis bin Zakaria, Abd. Razak Abd. Talib dan Hamdan bin Sairi.

Keputusan akhir, pertandingan Pasukan Guru telah muncul sebagai Juara, diikuti Pasukan Polis sebagai Naib Juara, Pasukan UTHM tempat ketiga dan UTM ditempat keempat. En. Leong Mun Wan, dari Persatuan Catur Negeri Johor telah bertindak sebagai Arbiter bagi pertandingan berkenaan.