KEJOHANAN CATUR TERBUKA ULU TIRAM

4 Julai 2010 - Bertempat di Today's Mall, Ulu Tiram, dua wakil KECAS-UTM iaitu Nasrul Humaimi dan Mohd Haizal telah menyertai pertandingan catur terbuka ulu tiram anjuran Zal Comp dengan kerjasama KECAS-UTM. Dengan memungut 4.5 mata daripada 6 perlawanan, Nasrul Humaimi telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Kategori Terbuka manakala Mohd Haizal sekadar berpuas hati di tangga ketujuh. Berikut adalah senarai pemenang hadiah bagi kategori terbuka:

Johan: T. Mandar
Naib Johan: Nasrul Humaimi
Ketiga: Herman Rahman
Keempat: Mike Angelo Palma
Kelima: Abdullah Che Hassan