KEJOHANAN CATUR MAKSAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
6 - 8 OGOS 2010: Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari di Kuala
Lumpur telah disertai oleh
dua orang ahli KECAS-UTM iaitu Nasrul
Humaimi dan Mohd Haizal. Mereka mewakili negeri Johor bersama-sama 6
peserta lain dari pelbagai Jabatan Kerajaan.
Pasukan negeri Johor telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat kumpulan B di mana menewaskan negeri Perak (2.5-1.5), PDRM (2.5-1.5) dan Melaka (3.5-0.5). Walaubagaimanapun, Johor tewas kepada Juara kumpulan B iaitu Kuala Lumpur (1.5-2.5). Dengan kejayaan menduduki Naib Johan kumpulan, pasukan Johor layak bertanding dalam "Winner's Pool" iaitu bertanding dikalangan 7 pasukan lain terbaik bagi merebut 4 tempat terbaik bagi keseluruhan.
Di peringkat "Winner's Pool", pasukan Johor telah menewaskan Pahang (2.5-1.5), Kelantan (2.5-1.5), Selagor (3-1) dan seri dengan Sabah (2-2). Nasib tidak menyebelahi Johor apabila tewas kepada Terengganu (1-3) dan Sarawak (0-4). Keseluruhannya, pasukan Johor hanya berjaya menduduki tempat KELIMA dibelakang Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak dan Pahang.

Dari kiri :
Yusof (UTHM), Haizal (UTM), Nasrul (UTM), Mahadi (PENDIDIKAN), Nik Mohd
Anuar (JKR),
Nasutiun (LHDN), Zahid (PENDIDIKAN) dan Hamdan (PENDIDIKAN)