DR NASRUL JOHAN KEJOHANAN AHAD PERTAMA MEI 2012

6 Mei 2012 - Setelah menjuarai kejohanan catur ahad pertama pada bulan Februari yang lepas, sekali lagi Dr Nasrul berjaya menjuarai kejohanan bulan Mei. Lebih manis dengan kejayaan itu, beliau merupakan pemenang pertama hadiah Piala Pusingan Kejohanan Catur Ahad pertama yang telah disumbangkan oleh Yg Bhg Dato' Profesor Dr Ahmad bin Darus, mantan Dekan FKE, UTM. Pihak KECAS-UTM mengucapkan tahniah kepada Dr Nasrul di atas kejayaan ini serta setingi-tinggi penghargaan kepada Yg Bhg Dato' atas sumbangan piala pusingan tersebut yang sememangnya akan diidamkan oleh peserta di masa akan datang. Ahli kelab yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah Dr Nasir, Dr Haizal, En. Razib dan Cik Azizah.


Hadiah telah disampaikan oleh Yg Bhg Dato' Profesor Dr Ahmad Darus


Sekitar suasana sebelum penyampaian hadiah