KEJOHANAN CATUR MINI BAGI KATEGORI BAWAH 18 DAN TERBUKA 2009

Bertempat di Bilik Seminar Kolej Tun Hussein Onn, UTM, telah berlangsung kejohanan catur mini bagi kategori bawah 18 tahun dan terbuka. Seramai 28 orang peserta telah menjayakan aktiviti ini.

Bagi kategori bawah 18 tahun, Boo Zhan Qui dari SMK Tasek Utara telah menjadi johan keseluruhan dengan 4.5 mata. Diikuti dengan Boo Zhan Quan, juga dari SMK Tasek Utara ditempat kedua dan Fadzrul Hakim dari MRSM Mersing di tempat ketiga.

Bagi acara terbuka, Leong Mun Wan (juga arbiter kejohanan) telah muncul johan dengan pungutan mata 4.5, manakala saudara T.Mandar dan Nasrul Humaimi telah menduduki ditangga kedua dan ketiga dengan masing-masing memungut 4 mata.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini telah diserikan lagi dengan klinik catur oleh En. Leong Mun Wan di mana beliau telah membincangkan taktik dan strategi perlawanan-perlawanan terbaik yang pernah beliau menangi. Menurut beliau, adalah penting mengatur strategi dan tahu mengapa sesuatu buah catur itu digerakkan (mengancam, perangkap dan ambil peluang). Untuk makluman, En Leong pernah menjadi 10 pemain catur terbaik di Malaysia mengikut FIDE rating dan juga pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Oympiad.

Kejohanan seperti ini akan diteruskan oleh pihak KECAS-UTM pada masa akan datang demi memaju kan sukan catur diperingkat kelab, universiti dan seterusnya memberi peluang kepada peminat catur dari luar UTM untuk turut serta dengan aktiviti KECAS-U TM. Kejohanan seterusnya akan diadakan pada hari AHAD (6 Septem ber 2009) bermula jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Seminar Kolej Tun Hussein Onn, UTM. Klinik catur juga akan diteruskan selepas kejohanan oleh En.Leong Mun Wan. Hubungi Pengerusi atau Setiausaha KECAS UTM untuk maklumat lanjut.