KEJOHANAN CATUR, DART DAN KAROM MAKSAK 2009

Bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan pada 17-19 Julai 2009, dua wakil KECAS iaitu En Zulfakar dan Dr Nasrul Humaimi telah mewakili Maksak Johor bagi acara catur pada Kejohanan Catur, Dart dan Karom Maksak Kebangsaan 2009.

Pasukan Johor yang diletakkan di dalam kumpulan B berjaya menewaskan Kelantan (2.5-1.5), Negeri Sembilan (3-1), seri dengan Penjara (2-2) dan tewas di tangan pasukan pilihan Kuala Lumpur (3.5-0.5). Dengan pencapaian ini, pasukan Johor telah berjaya memasuki pusingan akhir di kelompok Winner's Pool bersama-sama pasukan Sarawak, PDRM, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur atas tiket sebagai Naib Johan Kumpulan B.

Pencapaian individu bagi En Zulfakar dan Dr Nasrul adalah masing-masing 3.5/7 dan 2.5/7 di peringkat Winner's pool. Kedudukan terakhir pasukan Johor yang berdasarkan kiraan match point adalah di tangga ketujuh.

Berikut adalah kedudukan keseluruhan bagi Winner's Pool:

Johan : Sarawak - 18.5 mata
Naib Johan : Kuala Lumpur - 16 mata
Ketiga : Pahang - 14.5
Keempat : Kelantan - 14.5
Kelima : Terengganu - 14
Keenam : PDRM - 11.5
Ketujuh : Johor - 11.5
Kelapan : Perak - 11.5

Pasukan Johor juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KECAS UTM kerana menyediakan tempat latihan sebelum bertolak ke Kota Bharu pada 15 Julai 2009 di Bilik Seminar, Kolej Tun Hussein Onn.