KELUARGA MANTAN SETIAUSAHA KECAS TERBAIK DI KUANTAN

25 Februari 2009, Tahniah diucapkan kepada keluarga mantan setiausaha KECAS (Razman) kerana telah berjaya membolot hadiah Pasukan Keluarga Terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Kuantan 2009 pada 14-15 Februari yang lalu di SMK Sungai Soi,Tg Lumpur, Kuantan. Pasukan yang dikenali sebagai Raz Family diwakili oleh Razman dan anaknya, Asyraf serta saudara terdekatnya Nasrul berjaya menduduki tempat ke-11 secara keseluruhan daripada 60 penyertaan. Syabas dan diharap saudara Razman dan anaknya dapat bergiat aktif di Pahang.