KEJOHANAN CATUR TERBUKA PASARAYA TODAY’S
Bertempat di Ruang Legar, Pasaraya Today’s, Bandar Seri Alam, Masai, Johor pada 14 September 2008 (Ahad) telah berlangsung Pertandingan Catur Pasaraya Today’s. Walaupun dijalankan didalam bulan puasa, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertan lebih 40 orang peminat catur termasuk yang datang dari luar dari negeri Johor.

Kelab Catur Staf (KECAS) UTM telah sama-sama membantu menjayakan pertandingan ini yang julong-julong kalinya dianjurkan oleh pasaraya berkenaan. Ahli Jawatankuasa KECAS telah terlibat membantu dari segi promosi dan teknikal sepanjang pertandingan catur ini dijalankan.

KECAS juga telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan catur ini iaitu En. Zulfakar Aspar dan Cik Azizah bte Yusof. En. Zulfakar bin Aspar telah berjaya menduduki tempat kesembilan dengan meraih wang tunai sebanyak RM50.00 dan tropi.

Pertandingan telah dijalankan secara terbuka (satu kategori sahaja) dalam bentuk 5 pusingan dengan kawalan masa 30 minit bagi setiap pemain. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Johan: Abdullah Che Hassan - RM300.00 + Tropi
Naib Johan: Noorullah Omar - RM200.00 + Tropi
Ketiga: Mohd Fadli Zakaria - RM150.00 + Tropi
Keempat: Salman Mistam - RM100.00 + Tropi
Kelima: T. Mandar - RM100.00 + Tropi
Keenam: Mohammad Yusof Yasnain - RM100.00 + Tropi
Ketujuh: Leong Mun Wan - RM50.00 + Tropi
Kelapan: Ng Sau Wei - RM50.00 + Tropi
Kesembilan: Zulfakar bin Aspar - RM50.00 + Tropi
Kesepuluh: Herman bin Rahman - RM50.00 + Tropi
Terbaik Wanita: Seri Aisyah Che Hassan - Hamper
Terbaik Bawah 18: Mohammad Haziq Mohd Zin - Hamper
Terbaik Bawah 12: Wong Yi Heng - Hamper