KEJOHANAN CATUR MERDEKA UTM 2008

Ahad, 24 Ogos 2008, dengan memperolehi 6.0 mata melayakkan Mak Weng Yee muncul juara bagi kategori terbuka pada kejohanan Catur Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2008 yang berlangsung di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai Johor pada 24 Ogos 2008 lalu. Kejohanan selama sehari itu dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kelab Catur Staf (KECAS) UTM.


Selaku juara, beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan manakala Naib Juara jatuh kepada Noorullah bin Omar, yang menerima RM 200, medal dan sijil dan tempat ketiga Zulfakar bin Aspar turut menerima RM100 medal serta sijil.

Menurut Pengerusi Kelab Catur UTM merangkap Pengarah kejohanan, Azri Hohad, kejohanan ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Universiti. Seramai 194 peserta terdiri dari staf dan pelajar UTM, masyarakat sekitar serta pelajar sekolah diseluruh negara termasuk Indonesia menyertai kejohanan ini.


Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 16 tahun dan Bawah 12 tahun. Bagi kategori Bawah 16 tahun, Juara disandang oleh Chong Yong Zhi, Naib Juara, Theebbanraj a/l B. Asokan dan ketiga Muhd Haziq Mohd Zin. Manakala bagi kategori Bawah 12 tahun, juara milik Seri Aisyah Che Hassan yang menewaskan Ling Zhan Yang kedua dan Mahzhun Ikmal, ketiga. Semua pemenang bagi kategori tersebut turut menerima hadiah wang tunai, medal serta sijil penyertaan.