Keputusan Kejohanan MAKSAK Johor 2011
26 Jun 2011 - Satu kejohanan individu bagi kakitangan kerajaan peringkat negeri Johor telah diadakan di Dewan Seminar, Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai dengan jumlah peserta seramai 12 orang. Wakil KECAS UTM yang mengambil bahagian kali ini adalah Dr Nasrul, Dr Haizal dan Dr Nasir. Kejohanan ini telah dijalankan secara round-robin dan merupakan platform untuk memilih pemain bagi mewakili Johor di Kejohanan MAKSAK Kebangsaan yang bakal diadakan di Ipoh, Perak pada 22 Julai 2011. Berikut adalah keputusan keseluruhan dan tahniah kepada semua pemain yang berjaya menamatkan 11 pusingan dengan jayanya.

Johan : Taulani Tukiran (Pendidikan)
Naib Johan : Md Yusof (UTHM)
Ketiga : Zahid (Pendidikan)
Keempat : Chow Ming Jack (Pendidikan)
Kelima : Nasrul Humaimi (UTM)
Keenam : Halim Shuhaimi (UiTM)
Ketujuh : Mohd Haizal (UTM)
Kelapan : Shaikh Nasir (UTM)
Kesembilan : Hisham (Pendidikan)
Kesepuluh : Hamdan (Pendidikan)
Kesebelas : Nik Mohamad Anuar (JKR)
Kedua belas : Sahiri (Pendidikan)


Belakang dari kiri : Haizal, Nasir, Yusof, Nik Anuar, Halim dan Ming Jack
Depan dari kiri : Azri, Hisham, Nasrul, Taulani, Zahid dan Hamdan