FKBSK Muncul Johan UTM Staff Games 2012

9 Jun 2012 - Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FKBSK) muncul Johan keseluruhan bagi acara catur berpasukan lelaki menewaskan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Sains yang masing-masing muncul Naib Johan dan menduduki tempat ketiga. Pasukan FKBSK diwakili oleh Dr Nasrul Humaimi, Dr Tan Tian Swee, Mohd Najeb dan Zulhilmi. Syabas diucapkan kepada mereka. Bagi kategori wanita, pingat emas dimenangi oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah, pingat perak dimenangi oleh FKBSK manakala pingat gangsa di menangi oleh pasukan pendaftar.

Keputusan Lengkap

Johan Berpasukan Lelaki - FKBSK
Berpasukan Lelaki
EMAS - Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan
PERAK - Fakulti Kejuruteraan Elektrik
GANGSA - Fakulti Sains

Johan Berpasukan Wanita - PSZ
Berpasukan Wanita
EMAS - Perpustakaan Sultanah Zanariah
PERAK - Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan
GANGSA - Pejabat Pendaftar

Johan Individu Lelaki - Dr Nasrul Humaimi

Individu Lelaki

EMAS - Dr Nasrul Humaimi Mahmood
PERAK - En Koh Meng Hock
GANGSA - Dr Tan Tian Swee

Johan Individu Wanita - Cik Azizah Yusof

Individu Wanita
EMAS - Cik Azizah Yusof
PERAK - Pn Suriati Kassim
GANGSA - Pn Dina Azleema

Pihak KECAS-UTM merakamkan setinggi tahniah kepada semua pemenang dan setinggi penghargaan kepada Unit Sukan UTM di atas menjayakan kejohanan ini bersama.