UTM Rangkul Pingat Perak di Sukan Staf IPTA 2012

10 Julai 2012, Universiti Utara Malaysia - Setelah hampir 5 tahun pertandingan catur antara staf IPTA tidak dipertandingkan, UTM akhirnya berjaya merangkul pingat Perak selaku Naib Johan acara Berpasukan Lelaki. Pasukan UTM yang diwakili oleh Dr. Nasrul, Dr. Haizal, Dr. Nasir, En. Razib dan En. Nazeri serta diiringi oleh Pengurus Pasukan, En. Azri dan Jurulatih Pasukan, Dr Shahizan, telah berjaya mengumpul sebanyak 31.5 mata daripada 11 pusingan yang dipertandingkan. Pingat Emas dimenangi oleh pasukan UiTM dengan 34 mata, manakala UTHM menduduki tempat ketiga dengan 30 mata.

Pasukan Catur Lelaki dan Wanita
Berdiri dari kiri : Shahizan, Azizah, Siti Rahmah, Lizawati, Nurwina, Razib
Duduk dari kiri : Nasrul, Nasir, Azri, Nazeri, Haizal

Selepas sesi penyampaian hadiah bersama En Shahril (Pengurus kontigen UTM)

Keputusan lengkap bagi perlawanan melibatkan pasukan lelaki UTM adalah:

UTM vs UNIMAP : 4 - 0
UTM vs KPT : 4 - 0
UTM vs UTeM : 3 - 1
UTM vs UNISZA : 3.5 - 0.5
UTM vs UiTM : 1.5 - 2.5
UTM vs UTHM : 2 - 2
UTM vs UM : 1.5 - 2.5
UTM vs UUM : 2 - 2
UTM vs UPSI : 2.5 - 1.5
UTM vs UPM : 3.5 - 0.5
UTM vs UKM : 4 - 0


Tidak menghampakan apabila En. Nazeri telah muncul sebagai pemenang pingat Emas bagi hadiah papan ke-5 terbaik.

En Nazeri bersama pingat Emas bagi papan ke-5 terbaik bersama pemenang-pemenang papan terbaik yang lain.

Pasukan wanita pula berjaya menduduki tempat ke-5 dengan mata 13.5 daripada 7 perlawanan. Keputusan lengkap bagi perlawanan melibatkan pasukan wanita adalah:

UTM vs UPM : 2 - 2
UTM vs UKM : 2 - 2
UTM vs UNIMAP : 2 - 2
UTM vs KPT : 1 - 3
UTM vs UiTM : 1.5 - 2.5
UTM vs UM : 2 - 2
UTM vs UUM : 3 - 1


Syabas diucapkan kepada pasukan catur lelaki dan wanita kerana telah menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi demi kejayaan UTM. Setinggi penghargaan kepada Unit Sukan UTM kerana selama ini tidak putus menyokong aktiviti KECAS-UTM yang mana banyak memberi impak kepada peningkatan pasukan catur UTM.

Sebelum perlawanan menentang tuan rumah, UUM

KPT vs UTM
(Susunan Dari depan: Pn Siti Rahmah, Cik Azizah, Pn Lizawati dan Pn Nurwina)

Untuk keputusan keseluruhan bagi semua universiti yang bertanding, sila klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.


Keputusan lengkap acara berpasukan lelaki

Keputusan lengkap acara berpasukan wanita