FIESTA SUKAN MAKSAK 2017

24 Januari 2017: Kejohanan catur berpasukan (FIESTA MAKSAK 2017) telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur dan menyaksikan Dr Nasrul muncul sebagai pemain terbaik invidu apabila cemerlang di papan pertama. Dengan memungut 5 mata (4 menang dan dua seri) serta mengekalkan rekod tanpa kalah, memadai untuk beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik menewaskan 16 pemain lain daripada seluruh negeri di Malaysia termasuk pasukan PDRM, ATM dan Penjara. Walaubagaimanapun, pasukan MAKSAK Johor terpaksa berpuas hati di tangga ke-5 walaupun telah bermain dengan baik secara keseluruhan. Berikut adalah kedudukan terakhir selepas 7 perlawanan berlangsung selama 3 hari menyaksikan pasukan MAKSAK Sarawak berjaya menjuarai kejohanan berprestij ini bagi semua anggota kakitangan kerajaan [KLIK DISINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH]. Pasukan Johor juga diwakili oleh dua orang lagi wakil dari UTM iaitu Dr Mohd Haizal dan Pn Siti Marlia. Syabas wakil UTM dan semoga dapat terus menyumbang tenaga dalam memartabatkan 
catur di UTM dan tanahair.

PASUKAN CATUR MAKSAK JOHOR
Berdiri dari kiri : Hamdan dan Zahid Melutut dari kiri : Taulani, Ming Jack, Nik Mohamad Anuar, Nasrul Humaimi (UTM), Iskandar, Mohd Haizal (UTM) Duduk dari kiri : Norhidayu dan Siti Marlia (UTM)

 
Bersama kontingen Johor (Catur dan Karom)

Penyampaian hadiah
Karom wanita bawa pulang pingat PERAK


Johor vs Pahang (seri 2-2)
Pasukan Catur Maksak Johor


Johor vs Terengganu (menang 4-0)