CATUR UTM SUMBANG 2 EMAS DI SUKUM 2016

6 - 13 Ogos 2016
: Kejohanan SUKUM 2016 menyaksikan pasukan Catur UTM telah membawa 2 pingat EMAS, 1 pingat PERAK dan 2 pingat GANGSA sekaligus merupakan sejarah pungutan pingat terbesar bagi pasukan catur UTM semenjak menyertai kejohanan ini. 2 pingat EMAS telah disumbangkan oleh Dr Nasrul Humaimi Mahmood dan Dr Rashidah Arsat dalam acara BLITZ bagi kategori lelaki dan wanita. Bagi pingat PERAK, ianya disumbangkan oleh pasukan catur lelaki yang terdiri daripada Dr Mohd Haizal Jamaluddin, Dr Nasir Shaikh Husin, Dr Nasrul Humaimi Mahmood, Dr Tan Tian Swee, Dr Koh Meng Hock dan En Nazeri Sarip dalam acara berpasukan lelaki. Sementara itu, pasukan catur wanita yang terdiri daripada Dr Rashidah Arsat, Dr Syafiqah Saidin, Dr Nor Aini Zakaria, Pn Lizawati Mi Yusuf, Pn Siti Marlia Rahim dan Cik Enna Fasihah Fadilah berjaya mengutip pingat GANGSA dalam acara berpasukan wanita. Dr Haizal Jamaluddin turut menyumbang pingat GANGSA dalam acara BLITZ individu. Syabas diucapkan kepada pasukan catur UTM yang telah diurus dan dilatih dengan baik oleh En Azri Hohad dan Dr Mohd Shahizan Othman. Tidak lupa kepada UTM Sport Excellence dan semua peserta kontingen UTM yang sentiasa memberi sokongan dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung.


Barisan belakang dari kiri : Mohd Shahizan, Mohd Haizal, Nasrul Humaimi, Azri, Nazeri, Tian Swee, Nasir, Meng Hock
Barisan hadapan dari kiri : Nor Aini, Syafiqah, Rashidah, Siti Marlia, Enna Fasihah, Lizawati