PASUKAN CATUR UTM MELAKAR SEJARAH DI KEJOHANAN SUKUM 2017

5 Ogos 2017 - Pasukan catur lelaki UTM buat pertama kalinya mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai kategori berpasukan di mana pencapaian ini merupakan pertama kali sejak SUKUM diperkenalkan. Secara keseluruhan, pencapaian team catur UTM kali ini sangat cemerlang berbanding dengan edisi-edisi sebelum ini dengan membawa pulang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Kejohanan selama 4 hari ini telah berlangsung di Dewan Besar, UPSI. Hadiah telah disampaikan oleh En Azri Bin Hohad, Presiden MASTI.

Emas pertama telah disumbangkan melalui kategori Blitz oleh Dr Nasrul Humaimi apabila beliau berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun sebelumnya dengan menewaskan pencabar terdekat daripada UUM dan UPM. Beliau memungut 6.5 mata daripada 7 perlawanan yang dipertandingkan. Bagi acara wanita, Dr Rashidah yang merupakan pemenang pingat emas bagi acara wanita pada tahun 2016 gagal mempertahankan pingat tersebut sebaliknya berpuas hati dengan pungutan 5 mata untuk berada di tangga ke-7. Untuk melihat keputusan penuh bagi setiap kategori, boleh layari laman web berikut:

Dr Nasrul dengan pemenang pingat perak dan gangsa dari UUM (Nazli Johardy) dan UPM (Mohd Azman) dalam acara Blitz lelaki.

Bagi acara classical lelaki, Dr Mohd Haizal berjaya membawa pulang pingat perak apabila beliau berkongsi 6 mata dengan pemenang pingat emas, namun sistem pemutus mata (tie-break) tidak memihak kepada beliau. Sementara itu, bagi acara classical wanita, Dr Rashidah berjaya menebus kekecewaan beliau dalam acara Blitz apabila berjaya memungut pingat Gangsa di belakang USIM dan UiTM.



Dr Haizal dengan pemenang pingat emas dan gangsa dari UiTM (Norazmi dan Prof Madya Abdul Rahim) dalam acara Classical lelaki.

Dr Rashidah dengan pemenang pingat emas dan perak dari USIM (Dr Norhidayah) dan UiTM (Dr Marina) dalam acara Classical wanita.

Pingat Emas kedua pasukan UTM telah dimenangi oleh UTM dalam acara berpasukan lelaki, manakala pasukan wanita berjaya memungut pingat perak. Pencapaian bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita sangat membanggakan kerana ia merupakan kali pertama UTM berjaya dengan kedudukan tertinggi dalam kategori masing-masing. Syabas dan tahniah pada semua atlet catur UTM dan di harap dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti ini di masa akan datang.

Pasukan Catur lelaki meraikan kejayaan memenangi pingat Emas. Dari kiri : Dr Farabi, Dr Haizal, Dr Shahizan, Dr Tian Swee, En Azri, Dr Meng Hock, Dr Nasrul, Dr Nasir dan En Nazeri.

Pasukan catur wanita meraih pingat Perak. Dari kiri : Dr Shahizan, Dr Jasmine Hau, Marlia, Enna Fasihah, Lizawati, Dr Rashidah, Dr Syafiqah, Suriati, Dr Nasrul dan En Azri selaku penyampai hadiah.

Wajah-wajah ceria pasukan catur UTM.

Suasana pertandingan

Suasana pertandingan