FKE DAN FBME MUNCUL JOHAN BERPASUKAN UTM STAFF GAMES 2016

30 Julai 2016 - UTM Staff Games 2016 telah berlangsung dengan jayanya di mana pasukan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME) muncul juara keseluruhan bagi acara berpasukan lelaki dan wanita. Pasukan FKE mengungguli dengan pungutan 18 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat daripada Fakulti Sains (FS) yang muncul Naib Johan dengan memungut 12 mata. Tempat ketiga disandang oleh pasukan FBME. Untuk kategori wanita, pasukan FBME muncul Johan dengan pungutan 12.5 mata. Fakulti Komputeran (FC) terpaksa berpuas hati di tangga kedua apabila dipisahkan dengan setengah mata dibelakang FBME. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan FKE dengan pungutan 11 mata. Bagi acara individu lelaki, Dr Nasir daripada FKE telah muncul sebagai Johan, manakala Pn Siti Marlia daripada Perpustakaan (PSZ) telah muncul sebagai johan kategori wanita, dengan kedua-duanya memungut 5 mata penuh. Tahniah dan syabas kepada semua yang bertanding!

Johan Berpasukan Lelaki, FKE

Johan Berpasukan Wanita, FBME

Pasukan Pendaftar

Pasukan Wanita FKE
Johan Individu Lelaki, Dr Nasir

Johan Individu Wanita, Pn Siti Marlia

Pasukan Wanita PSZ

Pasukan FS
Pemenang Kategori Lelaki

Pemenang Kategori Lelaki

Pasukan Wanita FC

Pasukan lelaki FBME