PROGRAM CELIK CATUR BERSAMA KECAS-UTM

perhatian : KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SENARAI NAMA TERKINI. sekiranya nama peserta tiada sila maklumkan kepada kami. adalah penting untuk kami mengetahui jumlah bilangan sebenar untuk cetakan HANDOUT untuk mengelakkan pembaziran. Oleh itu, tolong daftar nama yer. PENGANJUR BERHAK UNTUK MENOLAK PESERTA YANG TIDAK MENDAFTARKAN NAMA KERANA RUANG ADALAH TERHAD!


SOALAN-SOALAN LAZIM

Bagaimana nak mendaftar?
Jawapan : Boleh whats app nama dan umur kepada nama yang tertera di poster hebahan. Adalah penting untuk mendaftar kerana urusetia perlu mencetak Nota untuk peserta dan penyertaan sangat TERHAD mengikut kapasiti bilik.

Bagaimana nak bayar?
Jawapan : Boleh bayar terus ke akaun kelab. Selepas bayaran, sila emailkan bukti pembayaran ke email: nasrul@fke.utm.my atau whats app kan kepada mana-mana nama yang tertera di dalam poster hebahan tersebut untuk rujukan dan simpanan kami.

Nama akaun : Kelab Catur Staf (KECAS) UTM
No akaun :  5513 0651 0301
Nama bank : Maybank
Jenis akaun : Akaun Semasa

Nak bayar cash tak boleh ke pada sesi pertama Jumaat, 3 March 2017?
Jawapan : Boleh, tetapi sila hadir lebih awal pada jam 8.45 pagi supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran.

Boleh ke ibu bapa yang membawa anak turut serta sepanjang kelas? 
Jawapan : Tidak boleh, kecuali ibubapa yang membuat bayaran penuh sebagai peserta. Ini supaya memberi keselesaan kepada semua peserta. Semua perjalanan program boleh dilihat di FB KECAS-UTM. Salah satu sebab juga mengapa kami buka untuk peserta dari Darjah 1 supaya sudah matang dan biasa ditinggalkan ketika bersekolah.

Saya tidak dapat hadir ke semua sesi atas urusan bercuti, bagaimana?
Jawapan : Tiada masalah, bayaran adalah mengikut sebulan, oleh itu bayaran tetap sama RM50 dan kami tidak dapat menggantikan sesi-sesi yang tertinggal. Walaubagaimanapun sebarang soalan bolehlah bincang dengan fasi kami di minggu berikutnya.

Mengapa ada tiga pengajar?
Jawapan : Tiga pengajar utama ini akan bergilir-gilir setiap minggu dan mungkin juga berada serentak. Ini kerana pengajar juga mungkin ada urusan lain sepanjang bulan Mac. Bantuan Fasilitator juga adalah dari masa ke semasa akan berubah.

Ada tak program untuk pemain yang bukan beginner?
Jawapan : Ada, tetapi akan dirancangkan pada bulan April. Buat masa sekarang hasrat kami menumpukan kepada mereka yang ingin bermula untuk bermain catur. 

Ada sijil penyertaan?
Jawapan : Akan diusahakan dan kehadiran adalah sekurang-kurangnya 2 sesi.

Ada sarapan di sediakan?
Jawapan : Tidak disediakan, silalah bersarapan dahulu sebelum datang.

Adakah perlu saya membeli set catur dan membawa ketika program dijalankan?
Jawapan : Tidak perlu. Buat masa ini, pihak kelab sudah ada set catur sendiri untuk digunakan.

Bagaimana ingin tahu pencapaian sebenar saya/anak saya selepas program ini?
Jawapan : Kami akan menyediakan sedikit "puzzle" untuk di jawab di akhir sesi terakhir program. Anda/anak anda boleh menilai sendiri tahap kefahaman melalui jawapan tersebut. Pada sabtu pertama bulan April, peserta boleh menyertai kejohanan Catur Sabtu Pertama secara percuma untuk menilai sejauh mana pencapaian anda.

Adakah sebulan sudah cukup untuk anak saya menguasai permainan catur?
Jawapan : Sukar untuk saya jawab, tak mustahil jika latihan berterusan di rumah. Walaubagainapun, diakhir program ini sekurang-kurangnya peserta akan memahami pergerakan catur yang betul, didedahkan dengan undang-undang asas dalam catur serta BERSEDIA untuk menghadapi kejohanan catur yang sebenar. Untuk sesi seterusnya (April dan seterusnya), jika diizinkanNya, kami akan bincangkan pula petua-petua dan jenis-jenis buka mainan secara terperinci dalam catur. Untuk menguasai sepenuhnya, bergantung pada individu, kerana catur melibatkan "pemikiran kritikal" dan "life-long learning" bagi menghadapi lawan.

Jadi bulan April dan seterusnya peserta kena teruskan lagi? Bagaimana dengan yuran?
Jawapan : Tidak wajib, terpulang kepada peserta, namun untuk program April dan seterusnya keutamaan akan diberi kepada mereka yang telah melalui sesi bulan Mac kerana modul untuk April adalah untuk yang sudah memahami perkara asas dalam pertandingan catur. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk hadiri program bulan Mac ini. Untuk yuran, kami hanya mengenakan secara BULANAN iaitu RM50 sahaja. 

Bagaimana kelas akan dijalankan?
Jawapan : Pada awalnya, kami akan mulakan dengan teori asas, kemudian di susuli secara praktikal. Kami percaya pembelajaran berkesan itu apabila peserta mencuba sendiri secara praktikal dan bukan bergantung pada nota semata-mata. Dengan kata lain, fasilitator kami akan cuba bantu jika ada kemusykilan sepanjang sesi pembelajaran.