Perlembagaan


5.  Yuran Keahlian:

  • Yuran keahlian KECAS ialah RM10.00/lima tahun.
  • Yuran keahlian hendaklah dijelaskan secepat mungkin sebaik sahaja genap lima tahun.
  • Bagi ahli yang baru menjadi ahli, keahlian berkuatkuasa dari tarikh beliau membayar yuran keahlian dan jawatankuasa kelab meluluskan permohonannya.
  • Keahlian ahli KECAS adalah terlucut bagi ahli yang gagal membayar yuran selepas genap lima tahun dari tarikh pembayaran yuran yang terdahulu.
6.  Berhenti Menjadi Ahli:
  • Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli KECAS hendaklah memgemukakan kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segera hutang-hutangnya.
7.  Mesyuarat Agung:
  • Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua dari ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali ahli-ahli Jawatankuasa KECAS (mengikut mana yang kurang) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi hendaklah akta dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (Korum) untuk mesyuarat.
  • Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa KECAS dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka ahliahli yang hadir boleh menjalankan mesyuarat dan melantik Jawatankuasa KECAS baru tetapi tidak berkuasa mengubah Perlembagaan Kelab.
  • Mesyuarat Agung mesti diadakan dua tahun sekali iaitu dalarn tempoh 24 hingga 30 bulan dari tarikh Mesyuarat Agung yang lepas.
  • Setiausaha hendaklah menghantar suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu, tempat dan agenda mesyuarat kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung.
  • Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KECAS atau atas permintaan secara bertulis tidak kurang daripada satu perdua daripada jumlah ahli dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab perlu mengadakannya.
  • Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu dan pengumuman serta agenda mesyuarat tersebut hendaklah diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  • Fasa 7 (7.1) dan (7.2) dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung boleh digunakan untuk Mesyurarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas dengan tujuan yang sarna tidak boleh diadakan.
Halaman [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 ]