HEBAHAN PERTANDINGAN

  • KEJOHANAN CATUR INTEGRASI SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2017. 14 OKTOBER 2017. [SILA KLIK DI SINI]

SEJARAH TERCIPTA DI SUKUM 2017

5 Ogos 2017 : Pasukan catur lelaki dan wanita UTM melakar sejarah apabila berjaya membawa pulang pingat Emas dan Perak bagi kategori berpasukan. Pencapaian ini merupakan paling baik sejak edisi SUKUM diperkenalkan. 


DR. HAIZAL & DR. SYAFIQAH CEMERLANG

4 Februari 2017: Dr Mohd Haizal sekali lagi muncul Naib Johan Catur Sabtu pertama bagi bulan Februari selepas cemerlang pada edisi Januari. Sementara itu Dr Syafiqah muncul pemain wanita terbaik bagi kategori terbuka. [Selanjutnya]



DR. NASRUL PEMAIN TERBAIK INDIVIDU

22 Januari 2017: Dr Nasrul muncul pemain terbaik di papan pertama apabila mengumpul 5 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Fiesta Sukan MAKSAK 2017 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam acara catur berpasukan lelaki.



CATUR UTM CEMERLANG DI SUKUM 2016

Tahniah kepada pasukan catur UTM berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa di kejohanan Sukan Staf (SUKUM) yang telah berlangsung di USIM pada 6-13 Ogos 2016.