PROGRAM "FROM ZERO TO CHESS HERO"

BERMULALAH DARI SEKARANG UNTUK HASIL PADA MASA HADAPAN! SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN.

MSSJ telah berlalu, MSSM juga hampir melabuhkan tirainya. Semakin ramai yang meminati sukan catur. Namun, kesilapan terbesar kita adalah kurangnya mempelajari asas catur dengan baik dan persediaan minit akhir. Kelab catur staf ingin membuka satu program bersama anda bagi mereka yang tiada pengetahuan asas dalam catur dan ingin bermula untuk bermain catur. Bermulalah DARI SEKARANG, UNTUK MENJADI JUARA DI MASA HADAPAN...Jadikan sukan catur untuk membina JATI DIRI dan melatih PEMIKIRAN KREATIF bukan semata-semata sebagai pertandingan.

Siapa yang patut sertai program ini?

Pelajar Sekolah Rendah (7-12 tahun), Pelajar Sekolah Menengah (13-17 tahun) atau sesiapa sahaja yang masih baru (zero knowledge dan beginner) dan berazam untuk mendalami permainan catur. TIDAK DIGALAKKAN SAMA SEKALI bagi mereka yang sudah pandai bermain catur!


Rangka program :


Bulan 1 (September): Fahami Pergerakan dan Asas Catur serta Undang-undang*

Bulan 2 (Oktober) : Prinsip dalam bukamainan dan pertengahan permainan

Bulan 3 (November) : Prinsip dalam pertengahan permainan dan pengakhiran

Bulan 4 (Disember) : Ukuran rating pencapaian peserta


*Tertakluk kepada perubahan mengikut MAJORITI kefahaman peserta


Insyaallah, 2023, peserta sudah boleh bermain catur dengan baik dan berpeluang mewakili sekolah masing-masing (bergantung kepada usaha dan disiplin sendiri)


Bulan September (SECARA ATAS TALIAN) : Setiap Isnin dan Rabu kecuali minggu ke 3 (pelajar mesti bersedia untuk latihan kendiri)


5hb dan 7hb September 2022 (cuti sekolah) - (Jam 8.15 malam hingga 9.15 malam)

12hb dan 14hb September 2022 (Jam 8.15 malam hingga 9.15 malam)

26hb dan 28hb September 2022 (8.15 malam) (Ujian dan perbincangan bersama fasi)


Semua slot disediakan RAKAMAN sekiranya peserta tidak dapat hadir (bertindih dengan urusan lain)


Bulan Oktober hingga Disember 2022 (platform talian dan bersemuka) - akan dimaklumkan kemudian tertakluk kepada adanya tempat. Peserta yang telah menyertai bulan September diberi pilihan untuk meneruskan program ini. Tiada paksaan daripada penganjur sekiranya merasakan tiada lagi manfaat untuk meneruskan program ini.


Penceramah/fasi adalah Dr Nasrul. Beliau merupakan Naib Presiden KECAS dan Presiden PCOKUNJ serta pemain staf UTM. Berpengalaman dalam bidang kejurulatihan catur (mempunyai tauliah FIDE Instructor dari Persekutuan Catur Dunia) dan pernah menjadi jurulatih diperingkat Universiti (UTM), Negeri (Para Johor) dan Kebangsaan (Para ASEAN dan ASIA). Beliau juga merupakan National Arbiter dan terbaru sebagai Chess in Education Lecturer (FIDE).


Yuran untuk bulan September SAHAJA adalah:


NORMAL - RM 50

EARLY BIRD - RM30 SAHAJA (BAYARAN SELEWAT-LEWATNYA 2 SEPTEMBER 2022)


Penyertaan bulan September adalah TIDAK TERHAD sekiranya ada peserta dari luar Johor yang ingin turut serta, untuk bulan seterusnya, akan ada sesi bersemuka jika diizinkan ada TEMPAT BERSESUAIAN.


CARA-CARA PENDAFTARAN:


Langkah 1 : Buat pembayaran pendaftaran seperti di berikut


Maybank

Kelab Catur Staf (KECAS) UTM

No Akaun Bank: 551306510301

Reference : PROGRAM ZERO TO HERO


Langkah 2 : KEMUDIAN ISIKAN BORANG INI DAN SUBMIT (https://forms.gle/pcepi1wWC1aseo7d9)


Langkah 3: SELEPAS TEKAN SUBMIT, SAVEKAN LINK WHATSAPP GROUP YANG DIBERIKAN


Pastikan saudara masuk ke pautan WhatsApp Group yang disertakan selepas tekan butang SUBMIT.

Segala maklumat tentang kejohanan dan LINK KEJOHANAN hanya diberikan di WhatsApp Group tersebut.


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH 4 HB SEPTEMBER 2022.


Sijil penyertaan akan diberikan selepas semua program tamat pada bulan September. Peserta juga perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.


Segala pertanyaan : Nasrul (0197013268)